Kerjaya Dulukala

Monday 18 April 2011 comments: 19
I'am sailing~
I'am sailing~
Home again~
Cross the sea...~
I'am sailing~
Stormy waters~
To be near you~
To be free~~~~~

Ahahaha..... Salam rockers kawan-kawanku semua :-) Salam maaf sebab agak lama dak ipan tak update blog ni. Huhuhu..... Entry dak ipan kali ni nak cerita pasal kerjaya dak ipan sebelum kerjaya yang sekarang ni......


Ramai yang dah tau kan dulu dak ipan seorang pelaut atau pun dengan nama lain Budak Kapal. Kali ni dak ipan nak story sikit lah pasal life orang kapal ni.....



Ada gaya seorang pelumba kapal yang berkemahiran tinggi :-P


Ramai orang kata budak kapal ni jahat. Hehehe...... Dak ipan tau ramai yang cakap macam tu. Tapi itu hak masing-masing kan nak kata apa. Dan terpulang pada individu budak kapal itu sendiri nak jadi baik ataupun sebaliknya. Eh, termembebel plak dak ipan neh! 

Ok, first sekali dak ipan nak bagitau dak ipan kerja atas kapal sebagai greaser/fitter atau dengan nama lainnya jurugegas. kerja ni di bahagian kamar mesin atau dengan kata lainnya engine room. Kamar mesin ni terletak di bawah paras air. Hahahaa.... Risiko kawasan mati dulu kalau kapal nak tenggelam.



Ni la kamar mesin tempat keje dak ipan atas kapal 




Hari-hari duty macam ni lah. 


Habis kerja biasanya dak ipan akan santai-santai lepak bersama kawan-kawan. Borak-borak, menonton filem, hehe..... agak skema ayat dak ipan ye kawan-kawan. Huhuhu.... :-P


Bengong, memasing posing duk pandang langit. Hahaha....




Bersama kawan-kawan


Kadang-kadang kalau ada masa terluang, kitorang main futsal, karaoke.. Hah! Siapa kata atas kapal takde life?? Hehe... Hah!! Tengok ni!!!! Eleh........



Ni pun kawasan kamar mesin yg dipanggil Stearing gear



Ini la bilik karaoke atas kapal kitorang


Dan kalau kapal berlabuh di tengah untuk menunggu giliran masuk pelabuhan,kitorang akan memancing ikan. Kadang-kadang hasil tangkapan agak lumayan ye kawan-kawan. Dan kadang-kadang hampeh........


Sewaktu menewaskan seekor ikan tenggiri



Sewaktu menewaskan dua ekor ikan tenggiri pulak. Hehehe....


Hmmm....... Macam tu lah serba sedikit yang sempat dak ipan ceritakan kat korang semua. Sebenarnya banyak lagi cerita nak kongsi. Tapi masa agak terbatas. Nanti lain kali lah dak ipan story kat korang. Hehehe.... Nice ahh.....!!



I'am sailing....


Salam Pengenalan

Sunday 17 April 2011 comments: 11
Salam Rockers....

Pertama-tama dak ipan nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi luang-luangkan masa anda untuk menjenguk  blog dak ipan. Sebelum dak ipan nak memeriahkan suasana blog, terlebih dulu dak ipan nak mengenalkan diri dak ipan serba sedikit. Alaa, macam murid baru dalam kelas la kan, kena berdiri dan berikan pengenalan diri.

Nama Penuh:
Mohammad Noor Irfan Bin Kamari

Nama Tak Penuh:
Dak Ipan

Jantina:
Lelaki Sejati

Tarikh Lahir:
05/06/1984

Tempat Lahir:
Kajang, Selangor

Ok, sekarang semua dah kenal dak ipan kan? Hah,bagus la.lepas ni boleh la dak ipan pergi jalan-jalan ke blog semua kawan-kawan baru dak ipan ni. Biasa la,dak ipan ni pemalu sikit orangnya.kalau orang tak kenal dak ipan, lagi la dak ipan segan dan bongeng. Hehe....

Kepada semua kawan-kawan baru, bersiap sedialah dengan blog korang sebab lepas ini dak ipan akan datang terjah pada bila-bila masa yang dak ipan suka. Hahahaha...!! (gelak angkuh) 


Waspadalah!
Waspadalah......!!!!!
;-P

Saya pendatang baru ke alam blogger...

Friday 15 April 2011 comments: 18
Ehem ehem.......hemm......

Salam rockers all!!!!!!
Salam 1Malaysia,
Salam pengenalan.
Salam perantau,
Salam eh, berapa banyak salam daa.....
Tak lupa juga selamat sejahtera kepada kenalan2 luar negara sewaktu dak ipan di alam pelayaran dulu2.
    
Oh ya, sebelum terlupa, dak ipan di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jantung hati dak ipan kerana berjaya mempengaruhi dak ipan ke alam blogger neh sekaligus beliau juga lah yg telah berjaya meng'edit blog dak ipan dengan jayanya. Thanks sayang dan love u more.

Ermm......sebenarnya kan dak ipan nervous lagi nak edit edit blog ni. Maklum lah, masih baby lagi dalam bidang ni. Maka oleh itu dak ipan terpaksa mengundur diri untuk entry yang pertama ni. Eh, sebelum terlupa dak ipan nak ucapkan gak terima kasih pada semua yg dengan rela hati ingin menjadi 'followers' dak ipan. 

Thanks all!! 
Nice ah....!! 
Jumpa lagi dan assalamualaikum.....  
;-)

First Entry (menyibuk)

comments: 18
Salam.

Ini adalah first entry Super K. Eh, kenapa bahasakan diri sendiri Super K? SEBAB? Bukan Dak Ipan yang taip entry neh tetapi gelpren Dak Ipan iaitu.....
Keh keh keh.
So, starting from tomorrow, Super K akan mula berblogging semula. Duluuuuuuuuuuuu Super K ada belog. Lagi awal dari I kot. =.= Tapi belog dia tuh zaman batu punya belog. I baca pun, I gelak gelak. Hihihi. Di sebabkan dia lupa password, dia mintak I create blog baru untuk dia. 

So, mari support dia untuk kembali ber-blog. Mungkin cerita I dengan dia tak sama. Ye lah, cerita pompuan dengan cerita laki mesti lah tak sama. Lagipun, I kan comel plus sedikit jiwang. Muahahaha. Maap ler kalau belog neh macam banyak muka I. Maklum lah, I yang buatkan. (Mesti Super K cakap I neh menyemak jer kan letak gambar sendirik banyak banyak) =.= Tunggu lah Super K edit sendirik ek. :-P

Eh ok lah, nantikan entry pertama dari Super K ek. Yang versi kali ini namanya entry menyibuk. Kui kui kui. Sayang korang semua. Muah! (˘⌣˘)ε˘ )


Sayonaraaaa~