Sebab Sebab Saya Sayang Gelpren Saya

Saturday 17 September 2011 comments: 13
Salam Rockers !

Hari ni saya nak buat entry jiwa jiwa. Saya nak cerita tentang gelpren saya. Saya ada seorang gelpren yang perasan comel, gedik dan manja. Nama gelpren saya Intan. Boleh panggil dia Intan. Jangan panggil dia Sayang sebab saya sorang jer boleh panggil dia Sayang. (^__^)

Gelpren saya ni kuat merajuk. Setiap hari dia nak merajuk. Tapi tak pe. Saya tak kisah sebab saya sayang gelpren saya. Sebab dia segala galanya bagi saya. Bila dia merajuk, saya tak reti nak pujuk. Last last, dia ok semula. Bagus kan gelpren saya? Untung laa saya dapat gelpren sebagus dia. Sebab tu saya sayang gelpren saya.

Saya tahu gelpren saya sayang saya sangat sangat. Dia selalu kongsi kegembiraan dalam hidup dia dalam belog dia. Kadang kadang, bila saya ada masa, saya baca juga belog dia. Dia selalu cuba untuk membuat orang lain gembira dengan penulisan dia. Tergelak saya tengok keletah manja dan comel dia. Sebab tu saya sayang gelpren saya. 

Tahun ni tahun pertama saya beraya dengan dia. Saya hepi sebab dia ada selalu dengan saya. Walaupun saya selalu sibuk, walaupun dia selalu merajuk, tapi saya tahu, dia faham saya dan dia selalu sabar dengan saya. Dia juga faham kerja dan situasi saya. Sebab tuh saya sayang gelpren saya.

Ini lah gelpren saya, Intan.

Tahun ni, baju raya kami sama warna. Tapi kami tak dapat raya sama sama pada raya pertama sebab dia masih belum lagi menjadi yang halal bagi saya. InsyaAllah, satu hari nanti, dia akan jadi yang halal bagi saya. Saya sayang gelpren saya. 

Sama kan warna baju raya kami?

Saya tahu, gelpren saya kecik hati sebab saya terlalu busy beraya dengan keluarga, sanak saudara dan juga kawan kawan saya. Tapi saya tak pernah lupa pada gelpren saya. Jadi, saya datang ke rumah gelpren saya untuk beraya. Saya suka melihat dia gembira bila berada di sisi saya. Sebab tu saya sayang gelpren saya.

Bila dia ada, bertambah selera makan saya.

Tengok, betapa gembiranya dia...

Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya sayang gelpren saya. Sekian sahaja karangan saya tentang sebab sebab saya sayang gelpren saya. K bai !

Nampak sangat entry neh bukan di taip oleh tuan punya belog. Kih kih kih. Ok fine. Entry neh, kite yang taip sebab kite tengok belog boipren kite neh macam dah lama tak berhapdet. Tau ler busy. Hihihi. Tapi hari tu, dah pernah tanya dia, boleh tak nak hapdet-kan? Dia sakap, tak kisah. So, kite hapdet lah. Kikikikikikii..... (^__^)

Tak mungkin lelaki macam dia akan hapdet belog camni kan kan? Korang rasa, ada ker??? Huhuhu. Jangan harap lah. Wuuuu~~ Tapi tak pe. Yang penting, kite tau isi hati dia. Kite tau, apa yang kite tulis dekat atas tuh, semuanya sama dengan apa yang ada dalam hati jantung limpa dan paru dia.

Sebab? Sebab jantung hati limpa dan paru dia pada kite dan kite punya pulak pada dia ! Doakan kami kekal hingga ke syurga. Aminn... :-)

Sayang..Sorry..
Jangan marah kite ehh..
(T___________T)

Selamat Ramadhan n Syawal

Tuesday 9 August 2011 comments: 7
Salam.....
Salam 1Malaysia,
Salam Ramadhan,
Salam Rock!!!...

Semua dah tau kan, tak lame lagi Syawal datang lagi. Mesti la semua bagai nak bergumbira kan?? Haha.... Nice la korang semua. Maka beraya la seluruh umat Muhammad pada hari itu. Aku kat sini tak tau nak membebel apa2 lagi, just nak mengucapkan Selamat pada korang semua. Ucapan guna blog sudah. Da tak musim kad2 raya bagai. Hahaha....

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya
Nice Ahh!!!!!!

ehem......

Wednesday 29 June 2011 comments: 7
Salam Rockers!!!!! :-P
Huhuu........
Saje menjenguk blog.....
Ok2, nak g jenjalan jap kat blog korang semua,
Tunggu............



Duk usyar dari jauh, siapa yang aku nak terjah dulu ni.
Waspadalah!!!!!






Nice ah....

Masih Berdiam Diri Lagi.....

Monday 16 May 2011 comments: 7
Psstt.....
Ehem-ehem.....
Assalamualaikum kawan-kawan Blogger!!!
Salam Rockers!!!!!

Hah!!! Lame dah aku (dak ipan bahasakan diri aku je la ye :-) hehe.....) tak mencoret apa-apa kat blog aku ni. Hah! Bersawang, lipas ,biawak, gajah pun dah ade menetap dlm blog neh! Eh2...!!!! Babun pun ade gak kat celah ni. Syuh.....!! Haha..... Ok, blog da bersih sekarang. Da boleh start membebel sikit.

Korang tau tak, selama aku menghilang ni kan, aku sebenarnya tengah buat satu reseach. Reseach pasal apa?? Ha..... Ni yang kita tak tau lagi keputusannya ni. Dak Ipan belum berjaya menghabiskan lagi. Insya'allah hujung bulan ni settle la kajian aku tu. 

Apa???? Eh, mesti lah aku storykan kajian apa. Jangan risau. Nanti dah keluar result, kita kongsi cerita ni same-same. Tapi tunggu selesai nanti ye. 

Ok, sekarang masa sudah time, aku terpaksa mengundurkan diri nak sambung semula kajian tersebut. Hahaha..... Kita tunggu dan lihat hasil keputusannya, Insya'Allah..... Salam Rockers semua!!! Jaga diri, Jaga Kesihatan. Bubye.......!!!!!!!

Gaya Seorang Rockers......(lah sangat....)

Kerjaya Dulukala

Monday 18 April 2011 comments: 19
I'am sailing~
I'am sailing~
Home again~
Cross the sea...~
I'am sailing~
Stormy waters~
To be near you~
To be free~~~~~

Ahahaha..... Salam rockers kawan-kawanku semua :-) Salam maaf sebab agak lama dak ipan tak update blog ni. Huhuhu..... Entry dak ipan kali ni nak cerita pasal kerjaya dak ipan sebelum kerjaya yang sekarang ni......


Ramai yang dah tau kan dulu dak ipan seorang pelaut atau pun dengan nama lain Budak Kapal. Kali ni dak ipan nak story sikit lah pasal life orang kapal ni.....



Ada gaya seorang pelumba kapal yang berkemahiran tinggi :-P


Ramai orang kata budak kapal ni jahat. Hehehe...... Dak ipan tau ramai yang cakap macam tu. Tapi itu hak masing-masing kan nak kata apa. Dan terpulang pada individu budak kapal itu sendiri nak jadi baik ataupun sebaliknya. Eh, termembebel plak dak ipan neh! 

Ok, first sekali dak ipan nak bagitau dak ipan kerja atas kapal sebagai greaser/fitter atau dengan nama lainnya jurugegas. kerja ni di bahagian kamar mesin atau dengan kata lainnya engine room. Kamar mesin ni terletak di bawah paras air. Hahahaa.... Risiko kawasan mati dulu kalau kapal nak tenggelam.



Ni la kamar mesin tempat keje dak ipan atas kapal 




Hari-hari duty macam ni lah. 


Habis kerja biasanya dak ipan akan santai-santai lepak bersama kawan-kawan. Borak-borak, menonton filem, hehe..... agak skema ayat dak ipan ye kawan-kawan. Huhuhu.... :-P


Bengong, memasing posing duk pandang langit. Hahaha....




Bersama kawan-kawan


Kadang-kadang kalau ada masa terluang, kitorang main futsal, karaoke.. Hah! Siapa kata atas kapal takde life?? Hehe... Hah!! Tengok ni!!!! Eleh........



Ni pun kawasan kamar mesin yg dipanggil Stearing gear



Ini la bilik karaoke atas kapal kitorang


Dan kalau kapal berlabuh di tengah untuk menunggu giliran masuk pelabuhan,kitorang akan memancing ikan. Kadang-kadang hasil tangkapan agak lumayan ye kawan-kawan. Dan kadang-kadang hampeh........


Sewaktu menewaskan seekor ikan tenggiri



Sewaktu menewaskan dua ekor ikan tenggiri pulak. Hehehe....


Hmmm....... Macam tu lah serba sedikit yang sempat dak ipan ceritakan kat korang semua. Sebenarnya banyak lagi cerita nak kongsi. Tapi masa agak terbatas. Nanti lain kali lah dak ipan story kat korang. Hehehe.... Nice ahh.....!!



I'am sailing....


Salam Pengenalan

Sunday 17 April 2011 comments: 11
Salam Rockers....

Pertama-tama dak ipan nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi luang-luangkan masa anda untuk menjenguk  blog dak ipan. Sebelum dak ipan nak memeriahkan suasana blog, terlebih dulu dak ipan nak mengenalkan diri dak ipan serba sedikit. Alaa, macam murid baru dalam kelas la kan, kena berdiri dan berikan pengenalan diri.

Nama Penuh:
Mohammad Noor Irfan Bin Kamari

Nama Tak Penuh:
Dak Ipan

Jantina:
Lelaki Sejati

Tarikh Lahir:
05/06/1984

Tempat Lahir:
Kajang, Selangor

Ok, sekarang semua dah kenal dak ipan kan? Hah,bagus la.lepas ni boleh la dak ipan pergi jalan-jalan ke blog semua kawan-kawan baru dak ipan ni. Biasa la,dak ipan ni pemalu sikit orangnya.kalau orang tak kenal dak ipan, lagi la dak ipan segan dan bongeng. Hehe....

Kepada semua kawan-kawan baru, bersiap sedialah dengan blog korang sebab lepas ini dak ipan akan datang terjah pada bila-bila masa yang dak ipan suka. Hahahaha...!! (gelak angkuh) 


Waspadalah!
Waspadalah......!!!!!
;-P

Saya pendatang baru ke alam blogger...

Friday 15 April 2011 comments: 18
Ehem ehem.......hemm......

Salam rockers all!!!!!!
Salam 1Malaysia,
Salam pengenalan.
Salam perantau,
Salam eh, berapa banyak salam daa.....
Tak lupa juga selamat sejahtera kepada kenalan2 luar negara sewaktu dak ipan di alam pelayaran dulu2.
    
Oh ya, sebelum terlupa, dak ipan di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jantung hati dak ipan kerana berjaya mempengaruhi dak ipan ke alam blogger neh sekaligus beliau juga lah yg telah berjaya meng'edit blog dak ipan dengan jayanya. Thanks sayang dan love u more.

Ermm......sebenarnya kan dak ipan nervous lagi nak edit edit blog ni. Maklum lah, masih baby lagi dalam bidang ni. Maka oleh itu dak ipan terpaksa mengundur diri untuk entry yang pertama ni. Eh, sebelum terlupa dak ipan nak ucapkan gak terima kasih pada semua yg dengan rela hati ingin menjadi 'followers' dak ipan. 

Thanks all!! 
Nice ah....!! 
Jumpa lagi dan assalamualaikum.....  
;-)

First Entry (menyibuk)

comments: 18
Salam.

Ini adalah first entry Super K. Eh, kenapa bahasakan diri sendiri Super K? SEBAB? Bukan Dak Ipan yang taip entry neh tetapi gelpren Dak Ipan iaitu.....
Keh keh keh.
So, starting from tomorrow, Super K akan mula berblogging semula. Duluuuuuuuuuuuu Super K ada belog. Lagi awal dari I kot. =.= Tapi belog dia tuh zaman batu punya belog. I baca pun, I gelak gelak. Hihihi. Di sebabkan dia lupa password, dia mintak I create blog baru untuk dia. 

So, mari support dia untuk kembali ber-blog. Mungkin cerita I dengan dia tak sama. Ye lah, cerita pompuan dengan cerita laki mesti lah tak sama. Lagipun, I kan comel plus sedikit jiwang. Muahahaha. Maap ler kalau belog neh macam banyak muka I. Maklum lah, I yang buatkan. (Mesti Super K cakap I neh menyemak jer kan letak gambar sendirik banyak banyak) =.= Tunggu lah Super K edit sendirik ek. :-P

Eh ok lah, nantikan entry pertama dari Super K ek. Yang versi kali ini namanya entry menyibuk. Kui kui kui. Sayang korang semua. Muah! (˘⌣˘)ε˘ )


Sayonaraaaa~